Sunday, July 25, 2010

Program Perkampungan ict 2010, batu 30, machang.

MaSa ni Hari last, masa ni budak-budak dari kampung batu 30.machang buat persembahan silat.. wa caya sama lu la silat ni..hehe..^_^

Ni masa pagi-pagi lagi..sejuk betul masa ni, tapi best..syok dengar air jatuh mencurah-curah macam duduk kat ar terjun je..

Sunday, June 27, 2010

24/6/2010 (khamis) hingga 26/6/2010 (sabtu)

ProGraM PeRKamPunGaN iCt 2010:
Kali Pertama kami mengenali keluarga angkat kami Di Kampung Laklok,
Batu 30, Machang..


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni, objektif blog ini dibina adalah untuk keluarga angkat kami yang berada di kampung laklok, batu 30, machang, iaitu ayah dan bonda..




Dalam Program perkampungan ict 2010 yang berlangsung selama tiga hari ini, pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar Kolej Teknologi DarulNaim, pengkalan chepa (KTD) serta Pelajar dari Universiti sains Malaysia, Kubang Kerian (USM)



Kami yang bakal diceritakan ialah Nur Syazira Binti hasan (sya) dan Nur Shafirah Binti Md Zaki (firah), Masing-masing di kursus yang sama iaitu Diploma Sains Komputer Multimedia dan juga disemester yang sama. Kami berdua masing-masing dari Kolej Teknologi DarulNaim.

Sebenarnya, ayah, bonda dan adik2 bukanlah asal dari orang yang senang, mereka cukup sibuk semasa program perkampungan ini dijalankan..

Mula-mula kami memang tidak selesa, apa kata orang, bukan tempat kita, memang biasa akan merasakan tidak selesa. Apa yang kami tidak selesa kerana kami tidak lah seperti rakan-rakan yang mengikuti program ini, iaitu bermalam dirumah keluarga angkat. keluarga angkat kami begitu sibuk, setiap malam akan pulang ke rumah pukul 3.00 pagi kerana sibuk berniaga kecil-kecilan sebagai perniaga kedai kopi, bonda pula sibuk memasak untuk pelanggan. Kesian ayah dan bonda, adik-adik masih kecil, tetapi mereka kekurangan merasa kasih sayang yang sepenuhnya, Alhamdulillah, kami juga merasa seperti adik-adik apabila bonda dan ayah tidak cukup tangan untuk melayan kami. Pape pun, ini adalah pengalaman yang tidak pernah kami lalui dan harap sangat pihak yang berkaitan dapat membantu bonda dan ayah untuk mengurangkan beban buat mereka sekeluarga dan adik-adik akan mendapat sepenuhnya perhatian daripada ayah dan bonda seperti mana kami SEmasa berumur sekeCil mereka.





Kisah Kami







Nilah pemandangan DI chelet tempat kami
Bermalam, Kat sini kalau subuh-subuh
sejuk sangat, sape-sape yang ade nak melawat kampung laklok ni, boleh la
sewa chelet ni.







Pemandangan sini sangat seronok,
sape2 yang akal ngah serabut
sesuai sangat datang ketempat ni..














Kami diTempatkan di Chelet yang mana depan aje chelet tu tempat permis perniagaan ayah dan bonda, kebetulan semasa tu rumah bonda dan ayah tak ada air, tu la sebabnya kami terpaksa tinggal disini.













Kat depan sana yang nampak seperti rumah kayu tu, tu lah kedai bonda dan ayah. Moga bonda dan ayah sentisa sihat..









Chelet ni tak macam duduk kat kota bharu, ianya sejuk dan nyaman,
Lagi pun dapat jugak merasa udara segar di kampung, chelet tempat kami duduk sangat cantik pemandangannya, betul2 terpersona dan sangat menarik.

InsyaAllah, kalau ada masa yang sesuai kami datang lagi ke kampung ni,
lagi pun dapat mengumpul pengalaman dan gambar-gambar lagi..hehe..^_^



Ni La Kedai ayah dan bonda, ni keadaan tengah hari yang kekurangan orang, kalau pagi dan malam, hanya Allah yang tahu bertapa ramainya orang sehinggakan kadang-kadang kami terpaksa berlapar pada waktu yang sepatutnya kami makan makanan berat dan makan makanan tu diganti pada tengah malam yang pada waktu tu juga sibuk, tapi ayah tak de la sibuk sangat..












Ni La Pintu gerbang kampung Laklok dari jauh..















Ni PlaK sNap Kat DePan,
pInTu GeRbAnG SesUai DenGan SlogAN kamPunG nI, BeBAs DaRi JeNaYaH.. ^_^











"Hai, Ini KaMi", Sya yAnG BeRtUdUng PuTiH Dan SaYa (FirAh) yAng TuduNG HitAm.. SeRoNOk ProgRaM mACAm Nie, LaiN KaLI bUaT LaH lAgi DaN JaNgAn LupA tAMbAh baNYaK-BaNyaK tU lAGi HadIah..HEhe..^_^




HaRi KedUa:

RaSa-RaSanYa, Ada ApA dEnGAN SeCaWaN teh??



Sebenarnya saje je buat tajuk camtu..hehe..hurm..pagi kami dibreakfastkan dengan secawan teh dan beberapa biji kuih muih dari kelantan ni..




Alhamdulillah, perut kami kenyang dengan kuih muih dan secawan teh yang ayah hidangkan.. kuih muih ni ayah amik dari kuih yang ayah jual kat kedai ayah ni..





Ni lah Ayah, NaManYa Ibrahim Bin Dollah, berumur 47tahun.. Ayah sangat sporting, peramah dan baik hati.. kadang-kadang kami rasakan ayah ni lebih mengambil berat tentang kami melebihi dari bonda, iya lah bonda tak ada pun sampai sentiasa ketuk pintu setiap masa untuk makan, solat dan sebagainya.. apa-apa pun, Ayah "The best"

Kami tak tahu nak balas dengan apa lagi jasa-jasa ayah yang menjaga kami selama tiga hari ni, mungkin dengan menceritkan kebaikan ayah disini dan dapat membuka mata ibu bapa yang lain yang sentiasa sibuk untuk menguruskan anak-anak supaya sibuk macam mana pun kita, kena lah jaga anak-anak sebaiknya, kerana anak itu pemberian daripada tuhan, andai rosak anak, tuhan tak kan ganti yang baru dah yang sebiji sama dengan diri anak itu..

HaRi KeTiGa:


aDa apa dengan Hari KetIga??
MasIng-MasIng sEdih.. SemAlaM bOnda AJar Kami MaKan Budu CiCah TelUR, 2 cIcAh Je BuDu SeBaB tAk TaHaN maSiN.. hEhe.. HaRi Ni HaRi LAsT, aYaH naMPaK sEdIh, Mat AsSan PuN sAmA, aYaH aSyIK MiNTa MaaF KEpAdA kAmi SeBaBnYa DiA tErlAlu SIbUK sEhiNGga TiADa mAsa lANGsuNG uNTuK kAMi..
yEke??KamI TaK rAsA mACam Tu pun...

1

2





BeRsAmA aDiK-aDiK:


gAMbaR 1 :
Bersama adik-adik iaitu .
azri (mat asan) yang berusia 10tahun
dan wani yang berusia 13tahun.




gambar 2:
Bersama adik-adik iaitu along dan alya.

along dah berusia 19tahun dan sekarang
praktikal dipejabat tanah machang.





Ni masa hari last nak berpisah dengan bonda dan ayah, moga-moga ayah dan bonda dimurahkan rezeki (ameen).. aYah dan jaga kami dah cukup baik dah, siap ketuk pintu setiap masa, tu bukti ayah dah jaga kami dengan baik.. apa-apa pun kalau kami ada masa, insyaAllah kami datang lagi, bonda plak boleh la sediakan budu lagi untuk kami, nanti kami akan cuba biasakannya..hehe..^_^


Kedai ayah ni kami promot kat blogger, semoga lepas ni kedai ayah jadi tumpuan orang ramai tak kira dari kampung laklok ke, kemuchup ke, dan mana tahu ngan pelancong mat salleh skali jadikan kedai ayah sebagai tempat untuk makan dan rehat sementara..



ps/: untuk pengetahuan pembaca, ayah sangat banyak memberi komintment dengan program perkampungan ict 2010 ini, bila kami menceritakan bhawa jalur lebar ni sangat penting buat masa sekarang dan sebarang perniagaan kita boleh siarkan diinternet iaitu blogger dan pada masa tu ayah sangat seronok pabila saya cakap nak masukkan kedai ayah dalam blogger dan semua gambar-gambar diatas dasar idea ayah sendiri..




Rujukan:
Ibrahim bin dollah
kampung laklok, 18500, machang kelantan
(014-8070075)

SeLaMaT DaTanG..

Assalammualaikum..
kepada yang membaca blogger ini, terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca blogger kami yang tidak seberapa ini..

sebenarnya blogger ini adalah dibuat khas untuk keluarga angkat kami yang berada di batu 30, kampung laklok, machang kota baharu kelantan.

blogger ini dibuat sebagai membalas jasa-jasa mereka kerana menjaga kami selama ini walaupun hanya 3hari, tapi ianya cukup bagi kami, dengan sedikit nasi yang diberi, kami sudah bersyukur teramat kerana masih mahu menjaga kami seperti anak sendiri..

Terima kasih pada keluarga angkat kami khususnya ayah, iaitu ibrahim bin dollah serta isteri dan adik-adik angkat kami..hehe...